Mengapakah Sejarah Penting?

Para pelajar sekalian, saya Cik. Zainab Ismail guru Sejarah Tingkatan 1 dan 5 ingin mendapatkan pandangan pelajar tentang subjek sejarah. Mengapakah sejarah penting dalam hidup kita? Perlukah kita mempelajari sejarah? Mengapa? Hantarkan pandangan anda secara ikhlas.

72 Comments

  1. zainabismail said,

    January 5, 2007 at 7:45 am

    Saya berpendapat sejarah sangat penting dalam hidup kita kerana sejarah membantu kita belajar dari kesilapan lampau dan tidak mengulanginya. Sejarah juga membantu kita memahami persekitaran dan perubahan yang berlaku dan menyebabkan kita mengenali dunia dengan lebih dekat.

  2. Chin Siew May said,

    January 8, 2007 at 3:04 am

    Pada pendapat saya, sejarah amat penting kepada kita kerana dapat menjadi ajaran kepada kita supaya tidak mengulang kesalahan lagi.
    Dengan belajar subjek Sejarah, kita akan lebih menyayangi negara.

  3. Daniel Lim said,

    January 8, 2007 at 9:44 am

    Saya berpendapat sejarah sangat penting kepada kita kerana dengan membelajari sejarah kami dapat belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.Sejarah juga menolong kita melihat perubahan yang berlaku pada ‘time to time’.

    Daniel Lim F1 Cempaka

  4. Sabrina Ahmad Azhar said,

    January 8, 2007 at 9:47 am

    Pada pendapat saya, sejarah memang penting kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan lampau. Sejarah juga akan membuat kita lebih berbangga dgn negara kita.

  5. Syarifah Aminah said,

    January 8, 2007 at 10:32 am

    Pada pendapat saya, sejarah amat penting kepada kita kerana dengan sejarah, kita dapat mengenali perkara-perkara dunia dan kita dapat pastikan kita tidak berulang kesilapan yang terlampau. Dengan sejarah kita juga dapat belajar asal usul diri sendiri.

    Aminah, form 1 Cempaka

  6. Amanda Khoo Ai Ling said,

    January 8, 2007 at 11:04 am

    Saya berpendapat bahawa sejarah amat penting kepada kita kerana dengan mempelajari sejarah, kita akan belajar daripada kesilapan nenek moyang kita dan tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

    Amanda, Form 1 Cempaka.

  7. Natasha said,

    January 8, 2007 at 12:29 pm

    Pada pendapat saya, sejarah sangat penting dan berguna kepada kita.Kita dapat lihat berapa banyak negara kita telah berkembang.Kita juga dapat memahami lebih tentang negara kita. Kita juga akan berasa bangga akan negara kita

    Natasha Iman, Form 1 Cempaka

  8. Yong Mun Hong said,

    January 8, 2007 at 12:42 pm

    pada penndapat saya, sejarah sangat penting dan kita perlu belajar sejarah supaya tidak melakukan kesilapan zaman lampau dan terus maju’when the time pases’

  9. Marlena Zara said,

    January 8, 2007 at 1:47 pm

    Pada pendapat saya, Kita perlu belajar sejarah. Sejarah amat penting kerana kita sebagai warganegara Malaysia patut mengambil perhatian untuk tahu sejarah negara supaya negara kita maju dan kita tidak mengulangi kesilapan yang dibuat.

  10. Lavinia Chloe Chong said,

    January 8, 2007 at 2:12 pm

    Pada pendapat saya, sejarah sungguh penting dalam kehidupan kita. Kita perlu belajar sejarah supaya kita tidak mengulangi kesilapan melampau yang pernah dilakukan oleh masyarakat. Dengan mempelajari sejarah, kita dapat maju untuk menjadi lebih baik.

  11. Cheah Si Mynn said,

    January 8, 2007 at 2:46 pm

    Pada pendapat saya, sejarah sangat penting dalam hidup kita kerana sejarah membolehkan kita belajar tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dan juga membolehkan kita mengetahui sebab kita menyambut sesuatu perayaan. Kita mesti belajar sejarah supaya lebih mengenali diri, bangsa dan negara kita. Kita juga mesti belajar sejarah supaya kita dapat menghargai, mencintai dan berbangga dengan negara kita.

  12. Mithrra Kuladeva said,

    January 8, 2007 at 3:35 pm

    Pada pendapat saya, sejarah adalah sesuatu peristiwa yang amat penting dalam hidup kita.Kalau kita tidak mempunyai sejarah kita tidak akan mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara kita dan kita akan mengulangi kesilapan-kesilapan melampau yang dilakukan pada masa dahulu.Sebagai rakyat Malaysia kita mesti mengetahui sejarah negara kita.

  13. Lauren Ong said,

    January 9, 2007 at 2:22 am

    Pada pendapat saya, kita perlu belajar sajarah untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sejarah negara kita. kita juga perlu mempelajari sajarah supaya dapat mengetahui siapa yang bertanggungjawab untuk membawa negara kita ke merdeka .

  14. Yong Mun Hong said,

    January 9, 2007 at 2:23 am

    wrong spelling: pendapat, passes

  15. Laura said,

    January 9, 2007 at 2:25 am

    Pada pendapat saya, kita perlu belajar sejarah supaya kita tidak akan mengulang kesalahan yang dibuat oleh orang lain pada zaman dahulu. We will not make the same mistakes that people before us made. We will also learn to appreciate what people have done for our country. For example, what Tunku Abdul Rahman, our Bapa Kemerdekaan had done for Malaysia 50 years ago. Overall, I think it is very important for us to learn history. Especially Malaysia’s history.

  16. Syarifah Aminah said,

    January 9, 2007 at 2:25 am

    “Pada pendapat saya, sejarah amat penting kepada kita kerana dengan sejarah, kita dapat mengenali perkara-perkara dunia dan kita dapat pastikan kita tidak berulang kesilapan yang terlampau. Dengan sejarah kita juga dapat belajar asal usul diri sendiri.

    Aminah, form 1 Cempaka”

    And what I meant by ‘kita juga dapat belajar asal usual diri sendiri’ was that with history, we can learn WHERE we come from, our roots. The history of our nation HOW malaysia became Malaysia. By learning history we learn to appreciate our country as well as be proud to be Malaysian.

    Also, history repeats itself so by learning it, we learn not to make the same mistakes.
    And we gain knowledge of world history, which is very important.

  17. Brandon Yap said,

    January 9, 2007 at 2:25 am

    Mengapa sejarah penting?

    Sejarah penting kerana kita boleh mengetahui latar belakang negara kita dan berbangga dengan negara.

  18. meenakshi said,

    January 9, 2007 at 2:26 am

    Pada pendapat saya,sejarah perlu diajar di sekolah kerana sejarah akan menolong kita ingat untuk tidak mengulangi kesilapan itu.

  19. Joanna Sangeetha Vijaykumar said,

    January 9, 2007 at 2:27 am

    pada pendapat saya, kita perlu belajar sejarah kerana sejarah adalah peristiwa penting yang sudah dilakukan dan dicatat oleh seorang saksi.

  20. T. Jun Vinh said,

    January 9, 2007 at 3:17 am

    Pada pendapat saya, sejarah perlu dipelajari kerana maklumat serta pengetahuan yag boleh didapati amat berguna dan dapat membantu kita yang merupakan generasi terbaru untuk mengingati generasi kemudian bagi jangan mengulangi kesilapan yang sama dan juga mengajar mereka(dan juga belajar sendiri)untuk menyayangi negara kita dengan lebih baik.

  21. Aidin Massoumi said,

    January 9, 2007 at 10:02 am

    pada pendapat saya, sejarah amat penting kepada kita supaya kita boleh belajar tentang kesilapan yang telah berlaku pada masa yang silam dan supaya kita tidak mengulangi kesilapan itu. Sejarah juga sangat penting kepada kita supaya kita dapat tahu asal-usul kita dan kita juga akan berasa bangga akan negara kita.

  22. Kanendra Kumar said,

    January 9, 2007 at 2:24 pm

    Sejarah adalah peristiwa yang perlu diingati kerana perkara-perkara tersebut penting dalam dunia ini seperti kemerdekaan dan tokoh-tokoh negara.

  23. Marlena Zara said,

    January 9, 2007 at 3:39 pm

    history is important to learn because history itself is part of us.Therefore we should know and make an effort to know our Malaysian history or as a matter of fact world history so that our country will progress and not make any of those unwise mistakes.

    MARLENA ZARA- f1 CEMPAKA

  24. Marlena Zara said,

    January 9, 2007 at 3:40 pm

    history is important to learn because history itself is part of us.Therefore we should know and make an effort to know our Malaysian history or as a matter of fact world history .

    MARLENA ZARA- f1 CEMPAKA

  25. Andrea Chan said,

    January 10, 2007 at 10:15 am

    Sejarah sangat penting kerana kita tidak akan tahu asal usul kita jika tidak belajar sejarah.Kalau kita tidak tahu asal usul kita,kita tidak boleh menjadi warganegara yang baik.Kita belajar sejarah untuk tahu keistimewaan negara.Jika begitu,kita boleh berbangga sebagai warganegara Malaysia.

  26. cikgu.. said,

    January 15, 2007 at 12:30 pm

    la!

  27. Mohd Fariz Iskandar Mohd Fauzi said,

    March 3, 2007 at 3:48 am

    Pada pendapat saya,sejarah amat penting kepada kita supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan lampau.Dengan adanya sejarah,kita juga akan mengenali asal usul sendiri.

  28. Kanchana Kannan said,

    March 18, 2007 at 5:22 am

    Pada pendapat saya, sejarah adalah subjek yang amat penting dalam kehidupan masa akan datang dan kini. setiap insan harus mengetahui dan patut memberi penghormatan ke atas sejarah.

  29. MAHADI_dmualim said,

    April 18, 2007 at 3:10 am

    pada pandangan saya, sejarah memang amat penting. ini kerana setiap orang mempunyai sejarah sendiri. sama ada mereka mengakui atau tidak, sejarah mereka sentiasa dan seiring sejalan dengan masa kehidupan mereka. dengan mempelajari, kita akan dapat menafsir dan melaksana hidup kita dengan lebih sempurna. sejarah yang buruk, pelajarilah untuk menjauhkannya, sejarah yang baik, terus-teruskanlah agar hidup semakin baik. dengan sejarah, ia mengajar erti hidup

  30. muss said,

    May 15, 2007 at 12:30 pm

    sebab orang yang tahu akan sejarah adalah orang yang normal, sebaliknya orang yang tidak tahu sejarah adalah oarang gila…so, sebagai orang yang normal kita perlu mengetahui sejarah…kerana sejarah itu sahaja yang membezakan antara orang gila dengan orang yang normal….kalau tak caya cubalah tanya dengan orang gila…tetentu dia tidak tahu sejarah…(ilmu sejarah amat luas)…..

  31. marjism said,

    September 27, 2007 at 2:44 am

    Bagi saya sejarah tu sangat penting untuk kita mengimbas kembali kewujudan manusia,sifat dan perlakuan yang membawa kesan positif dan negatif yang boleh kita pergunakan dalam kehidupan seharian dengan membuat pertimbangan sewajarnya tanpa prejudis tetapi secara logik dan kematangan .

  32. hilmi abdullah said,

    December 12, 2007 at 3:31 am

    Perlu belajar sejarah. Ini adalah kerana sejarah sesebuah negara bangsa bukan hanya bermula dari ia merdeka. Namun, ia bermula from the beginning. Rakyat Malaysia jika dilihat dari 31 Ogos 57 akan menjadi sesuatu yang amat tidak adil. Kita perlu melihat sejarah untuk melihat siapakah tuan kepada Malaysia…

  33. nurul atikah said,

    March 27, 2008 at 12:15 pm

    sejarah penting dalam hidup kita kerana sejarah mengisahkan tentang zaman lampau,contohnya zaman prasejarah,kerajaan awal di asia tenggara,tentang negeri melaka dan banyak lagi.oleh itu,belajarlah sejarah kerana sejarah itu penting.

  34. Joanna said,

    April 25, 2008 at 2:01 am

    Saya rasa kita mempelajari sejarah itu penting kerana kita dapat mengetahui peristiwa penting di Negara kita

  35. PUTERI NUR AIN said,

    May 7, 2008 at 7:49 am

    Pada pendapat saya, sejarah penting untuk dipelajari kerana sejarah akan membuatkan kita menjadi lebih matang dan mempelajari kesilpan masa lalu.

  36. FAIRUS FAHIRA said,

    May 14, 2008 at 1:06 pm

    to me, sejarah is the best subject…..
    this is because of my beloved teacher who teach me very nicely!!!
    thanks teacher!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    ape2 pon , saye orang melayu gak , saje jew nak ckp english!!!!
    pade pendapat saye , sejarah amat penting kerana dgn mempelajari sejarah , kite dpt mengingati peristiwa yg penting seperti pengasasan melaka & banyak lagi… tambahan pule,kite boleh mengambil peristiwa itu sebagai iktibar utk memperbaiki kesilapan kite……………!!!!!!!!!!!! erm, cikgu, boleh x cikgu beri tahu mane kami boleh ambil soalan sejarah..??????????? plzz………!!!!!!!!!!!!!! (your lovely student – fairus fahira-)

  37. MOHAMAD IZHAR said,

    May 14, 2008 at 1:09 pm

    ai………. erm fairus. nk kapel ley xx…………….!!!!!!!!!!!!!!!

  38. Zali said,

    July 2, 2008 at 3:35 pm

    Sejarah penting bagi generasi hari ini untuk membentuk identiti negara bangsa yang berdaulat. oleh itu, pembelajaran sejarah seharusnya menjadikan seorang itu bersemangat patriotik kepada negara dan secara tidak langsung dapat membentuk jadi diri individu degan baik. Sejarah juga dapat membentuk masyarakat yang berdaya saing dan tunjang utama kepada perpaduan kaum.

  39. syidah said,

    July 22, 2008 at 7:34 am

    pada pendapat saya, sejarah penting untuk kita pelajari kerana kita dapat mngimbas kembali apa yang telah berlaku pada masa lampau…kita juga boleh mengambil iktibar setelah apa yang terjadi pada masa dahulu..

  40. syra halpi said,

    August 8, 2008 at 12:58 am

    pada pendapat saya sejarah amat penting kerana sejarah dapat mengimbas kembali apa yg tlah berlaku pada zaman lampau

  41. Ammar Asyraf said,

    August 12, 2008 at 3:59 pm

    Pada pendapat saya,… Sejarah mampu menjadikan seseorang menjadi lebih matang fikirannya.Hal ini kerana subjek Sejarah mempunyai unsur
    patriotisme dan bersifat nasionalisme.Sejarah adalah cerita sebenar yang mempunyai punca dan kesannya serta pengajaran.Pembaca yang memikirkan perkara ini dapat menghayatinya secara menarik kerana ia diibarat kita sedang menonton filem…Kesannya,pembaca itu akan lebih berhati-hati untuk berhadapan dengan cabaran dunia dan lebih bersedia untuk bersaing…Se Zaman lampau

    • uni-czar said,

      May 4, 2009 at 10:50 am

      salaam…..wahhhh! saya suke pendapat ni laaa…..mcm matang jer…
      hey bro ammar jwpn awak matang….
      mengancam giler jwpn…..
      form brapa niiiiiii……..
      sorry…..jangan2 bukan form one takkk…..maaf, agak je….
      bro ammar mesti hebat sejarah, betulkan…..?
      selalu dapat markah penuhkan….?
      tahniah….!!!!!

  42. hidayatul said,

    August 13, 2008 at 12:44 pm

    in my opinion, sej mmg penting coz, kita blh dpt tau ttg sej silam. klu nk tau, sy byk sej silam e.g, saya dpt result agama 40%. masa tuu sy malu sgt. lg pon, bila kita bljr sej semangat petriotisma akan muncul. sbb tu lah sy minat subjek sej sampaikan saya dpt sej 98% { masa awal thn nie }. skrg nie sy form ONE.

  43. AMINATON HAJARIAH BINTI HUSNU said,

    August 28, 2008 at 2:02 am

    Pada pendapat saya pula, sejarah memang patut dipelajari…bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan tetapi juga dapat membawa kita supaya hidup lebig maju dan mempunyai wawasan…kita juga akan lebih mengetahui asal usul bukan saje diri sendiri malah keadaan bangsadan negara kita sendiri..

  44. Husna Inani said,

    September 4, 2008 at 2:04 pm

    Pada pendapat saya, sejarah penting untuk kita kerana kita dapat menimba ilmu. Selain itu, sejarah penting sebab generasi kini mahupun masa depan tidak akan mengulangi perkara – perkara yang sama. Disamping itu, kita akan mempunyai perasaan untuk meningkat kualiti diri, masyarakat dan negara supaya menjadi lebih maju dan tidak perlu meminta bantuan orang luar.

  45. ??? said,

    December 5, 2008 at 9:21 am

    hmm..pada saya,,…sejarah amat penting kerana ia dapat mengingatkan kita terhadap perbuatan dan kesalahn kita yang lepas..generasi yang baru akan lebih bertamadun dan tidak akan melakukan kesalahan kita yang lampau..tetapi..adakah ia berguna???sejarah ialah sejarah..history ialah history..walaupun kite tidak boleh menukar apa yang lepas…tetapi kita harus cuba mengubah apa yang ada agar manusia hidup lebih baik lagi 🙂

  46. wotevo said,

    February 1, 2009 at 2:00 am

    sej b0san

  47. diah said,

    February 23, 2009 at 12:34 pm

    Pada pendapat saya, sejarah amat penting bagi setiap individu kerana sejarah dapat memberi pengajaran serta mengajar kita supaya cinta akan tanah air. Tambahan pula, sebagai seorang rakyat , kita mestilah berbangga dengan pejuang-pejuang negara yang telah berkorban untuk negara yang tercinta ini sehingga memerdekakan negara kita yang telah dijajah oleh British. Sampai disini sahaja pendapat saya. terima kasih.

  48. Danisa said,

    March 12, 2009 at 2:49 am

    Saya rasa bahawa sejarah itu amat penting kapada kita kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan.Daripada pengetahuan yg diperoleh itu,kita akan dapat membuat penilaian,mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa dan sebab serta akibatnya.Selain itu,kita juga sewajarnya memahami sejarah tamadun awal bangsa kita.Ini dapat malahirkan PERASAAN JATI DIRI yg tinggi serta membentuk KEPERBADIAN BANGSA dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia…

    Sekian sahaja pendapat saya disini.Terima kasih…

    Murid Tingkatan 1 di Balakong,Selangor….

  49. jade said: said,

    May 13, 2009 at 12:36 pm

    sejarah amat penting dlm hidup kita… saya rasa kita perlu ambil berat ttg m/pelajaran sejarah supaya tidak mengulangi perbuatan yang lepas… kita perlu ingat bahawa “orang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya… jadi ingat, jgn tak ingat… :p

  50. Jason Donavan said,

    June 24, 2009 at 12:02 pm

    Pada pendapat saya,Sejarah sangat penting kerana ia dapat membantu kita untuk belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya lagi kerana kita sudah tahu akibatnya.Kita juga akan mempelajarinya dan akan ingat `for ever and ever’……………..

  51. fara said,

    July 6, 2009 at 7:30 am

    bagi pendapat saya,sejarah penting kerana ia berlaku dalam kehidupan seharian kita.Ia juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita.Sejarah boleh membantu kita untuk mengetahui tentang salasilah keluarga kita dan macam-macam lagi.Untuk pengetahuan kita,sejarah adalah penting dan bermakna bagi kita untuk mempelajarinya dan untuk kehidupan seharian..Saya tak akan melupakan sejarah selama-lamanya…

  52. Nurfarah Kam said,

    July 8, 2009 at 1:42 pm

    Pada pendapat saya, sejarah amat penting. Sejarah membolehkan kita belajar tentang asal-usul tempat tinggal kita. Terima kasih kerana sudi membaca komen yang saya hantar.

  53. balqis suraya said,

    August 6, 2009 at 12:38 am

    pada pendapat saya,sejarah adalah amat penting untuk dipelajari kerana kita boleh mengetahui perkara-perkara yang tidak kita ketahui sebelum ini

  54. E.Khanimolly said,

    August 15, 2009 at 2:59 pm

    Saya berpendapat bahawa sejarah amat pemting kerana ia memberi iktibar dan pengajaran kepada kita.

  55. puan qistina said,

    August 18, 2009 at 1:57 pm

    in my opinion history is a something happen in the past year.so we have to appriciate it.atually we can’t think that something happen will be fade;we should know history is very important to everyone for whatever…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

  56. DIANAH said,

    August 20, 2009 at 12:35 pm

    pada pendapat saya sejarah amatlah penting kerana dalam mempelajari sejarah kita dapat mengetahui tentang kisah2 silam seperti zaman kesultanan dan juga tentang pembagunan tanah air kita

  57. fatihah said,

    September 11, 2009 at 9:58 am

    bagi saya sejarah sangat penting kerana kita boleh mengetahui tentang peristiwa yang berlaku pada masa lampau di mana kita juga dapat belajar sedikit-sebanyak daripadanya supaya kesalahan yang sama tidak diulangi semula .

  58. veronica adam said,

    September 15, 2009 at 5:03 pm

    pada pendapat saya,adalah wajar bgi kita semua utk mempelajari sejarah,ini kerana…tanpa sejarah tamadun dan dunia pada hari ini tk kn prnh wujud.sejarah mengajar kita segala kesilapan yg lalu dan mengajar kta agar memperbaikinya.selain itu sejarah jg mengajar kta latar belakang negara dan asal usul agama,bangsa,kaum dan budaya yg wujud pada hari ini.dengan mempelajari sejarah kta jg akan memperolehi lebih banyak pengetahuan.TQ

  59. Jason said,

    September 27, 2009 at 9:39 am

    Cikgu bolehkah saudari menaip sejarah sarawak ke dalam sini?
    Jika boleh terima kasih.
    Maafkan saya untuk bahasa melayu saya yang tidak puas hati.

  60. Ilman said,

    January 12, 2010 at 12:18 pm

    Pada pendapat saya,mempelajari sejarah amat sukar pada mulanya.Kita perlu berlajar sejarah kerana kita perlu mengetahui sejarah silam seperti zaman-zaman,kemerosotan Melaka dan sebagainya.Dengan ini saya tidak boleh memahami sejah.Jikalau boleh Cikgu Zainab boleh tolong saya,bagaimanakan hendak memahami sejarah ini?Saya juga ada masalah tentang sejarah.

  61. kinah97 said,

    February 7, 2010 at 6:59 am

    Bagi saya sejarah penting kerana dgn sejarah jugalah kita dpt berjaya seperti skrg. Manusia pd zaman skrg semakin melupakan sejarah kerana bg mereka sejarah tidak mempunyai apa2 maksud walhal sejarahlah yg membimbing kita agr menjadi seorg yg berjaya. Kita blh menjadikan sejarah sebagai panduan hidup dan kesilapan pd zmn dulu hrp2nya tidak berulang lg…

  62. afrina said,

    June 7, 2010 at 1:54 pm

    penting juga untuk kte semua dulu nenek moyang kita semua menggunakan alatan tangan tapi kita menggunakan teknologi zaman sekarang.

  63. saleema said,

    September 4, 2010 at 11:56 am

    saya puas hati dengan ada nya mata pelajaran sejarah kerana tanpa sejarah mungkin kita lupa bahawa kita sememangnya telah mengalami zaman keagungan dahulu dan perkara itu boleh diulangi dengan kegigihan dan kesungguhan

  64. wan said,

    October 13, 2010 at 6:40 pm

    tanpa memahami masa lalu kita xkan dapat memahami masa skrg, tanpa memahami masa skrg kita xkn dpt memahami masa depan.

  65. kimia said,

    March 6, 2011 at 12:42 am

    dengan sejarah kita dapat memahami persekitaran zaman dulu dan tidak akn mengulangi kesilapan yng telah dilakukan selama ini…sejarah juga dapat membuat kita menjadi lebih patriotik……

  66. October 5, 2011 at 2:44 am

    sejarah sangat penting kerana banyak peristiwa yang berlaku pada masa lampau.kita perlu belajar sejarah kerana banyak peristiwa penubuhan tentang negara kita…

  67. muhammad solahuddeen b azizuddeen said,

    January 14, 2012 at 2:51 pm

    saya rasa sejarah ni amat penting untuk kita kerana ia akan mengingatkan kita tentang bagaimana cara nenek moyang kita hidup

  68. muhammad solahuddeen b azizuddeen said,

    January 14, 2012 at 3:02 pm

    saya rasa sejarah ni amt penting untuk kita kerana ia akan mengingatkan kita tentang bagaimana cara nenek moyang kita hidup

  69. Muhamad Ashyraf said,

    September 11, 2013 at 1:21 am

    Banyak sejarah di Malaysia dan di luar negara yg perlu kita ketahui kerana..Kalau kita ke luar negara tidak lah “macam rusa masuk kampung”….

  70. Zoe said,

    February 22, 2014 at 8:16 am

    Pada pendapat saya, keta perlu mempelajari sejarah kerana subjek ini merupakan salah satu subjek yang perlu diluluskan dalam SPM. =)


Leave a reply to Kanchana Kannan Cancel reply